Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 70 of C:\xampp\htdocs\puspanita\sites\all\modules\counter\counter.lib.inc).

Perutusan Pengerusi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya tahun 2018 telah berjaya diharungi dengan penuh dedikasi dan jayanya. Di kesempatan ini, saya mengambil ruang dan peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua warga PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Perdana Menteri (JPM) atas komitmen, kesungguhan, dan kerja keras berpasukan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2018.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Kecil JPM kerana telah berusaha untuk membangunkan dan mengemaskini laman web PUSPANITA Cawangan Kecil JPM iaitu puspanitakecil.jpm.gov.my selaras dengan maklumat terkini. PUSPANITA Cawangan Kecil JPM sentiasa berusaha untuk melaksanakan dengan giat pelbagai program dan aktiviti melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan NGOs berdasarkan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) meliputi elemen keilmuan, keusahawanan, kesihatan dan kebajikan. Justeru, penerbitan laman web ini adalah untuk menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan aktiviti PUSPANITA Cawangan Kecil JPM agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai rujukan yang boleh dikongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua pelayar laman web ini.

Selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPM, saya mengucapkan “Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi PUSPANITA Cawangan Kecil JPM”.

Sekian, salam hormat.

YBHG. DATIN SERI NORIZAM BINTI CHE MOHD NOR
Pengerusi
PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Perdana Menteri